Search results
Tarian Gamelan. Joget Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klasik. Tarian ini konon mula dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-19.
Joget gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klasik yang dipercayai bermula sejak zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III lagi. Persembahan Joget Gamelan ketika itu berperanan sebagai penyeri majlis perkahwinan.
Manuskrip ini dijadikan sumber rujukan sejarah dan tradisi gamelan Melayu. Konon terdapat 95 buah ciptaan lagu gamelan dan kira-kira 60 lagu yang diiringi dengan tarian. Majoriti repertoir tersebut diwarisi dari Pahang dan selebihnya diperkembangkan di Terengganu.
Gamelan diangkat sebagai Warisan Kebangsaan apabila tersenarai dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 yang menjadikan kesenian warisan ini tertakluk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) yang diwartakan pada 31 Disember 2005 di bawah undang-undang Malaysia.
Genre gamelan di Malaysia yang menepati pengertian ini ialah gamelan Melayu tradisi istana Pahang dan Terengganu; serta gamelan Jawa–Johor yang diamalkan oleh komuniti etnik Jawa yang banyak terdapat di Johor.
Pautan luar. Joget Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klasik. Tarian ini konon mula dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-19. Ia mula di...
Pada 1920, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah menubuhkan kumpulan Gamelan Terengganu dan menggunakan khidmat bekas pemuzik Pahang bagi melatih pemuda tempatan bermain gamelan. Tengku Ampuan Mariam pula melatih gadis menari joget Pahang yang ditukar namanya menjadi tari gamelan Terengganu.