Search results
Sejarah. Pada kurun ke-15 gamelan telah menjadi muzik yang amat popular di nusantara. Kesultanan Demak menyebarkan gamelan dari Tanah Jawa ke Banjar, Kutai dan Palembang. Gamelan-gamelan tersebut kemudian diubahsesuai menurut negeri tempatan.
Muzik gamelan berasal dari Indonesia dan menyebar ke Semenanjung Malaya pada zaman kolonial. Terdapat dua muzik gamelan tradisional di Malaysia, Gamelan Johor (Gamelan Jawa) dan Gamelan Terengganu - Pahang (Gamelan Melayu). Set alat muzik gamelan diperbuat daripada loyang atau besi dan kayu.
Kumpulan pemuzik gamelan ini yang dikenali sebagai Orkes Gamelan Diraja Terengganu telah membuat kemunculan kali pertama di khalayak umum di Pesta Muzik dan Drama Asia Tenggara yang berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1969.
Joget gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klasik yang dipercayai bermula sejak zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III lagi. Persembahan Joget Gamelan ketika itu berperanan sebagai penyeri majlis perkahwinan. Tarian ini dikatakan mula dipersembahkan di istana empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-19.
Malay gamelan was first introduced to the public when Tan Sri Mubin Sheppard, a Malay architectural scholar, found a gamelan set at the Pool Terengganu Palace and then asked Tengku Ampuan Mariam's permission to turn on this gamelan in 1966.
Walaupun alat muzik dan kesenian gamelan secara asasnya berasal dari Jawa; gamelan Melayu mempunyai identiti tersendiri seperti skala nada, teknik memainkan alat muzik, struktur lagu serta ciri-ciri lain yang membezakannya daripada gamelan Jawa, Bali, Sunda; mahupun genre gamelan lain di dunia.
Genre gamelan di Malaysia yang menepati pengertian ini ialah gamelan Melayu tradisi istana Pahang dan Terengganu; serta gamelan Jawa–Johor yang diamalkan oleh komuniti etnik Jawa yang banyak terdapat di Johor.