Search results
Fakulti Pendidikan bertujuan untuk memperluas pengetahuan semasa ke arah perubahan paradigma yang akan memperkuat dan meningkatkan profesion keguruan, serta meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu semasa dalam pendidikan.
Program Sarjana Muda Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah) ditawarkan untuk mendorong pengajian ilmiah dalam bidang al-Quran, tafsir dan hadis. Program ini memberi peluang kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa di seluruh dunia untuk meneroka pengalaman pembelajaran yang bermakna dan memulakan penyelidikan yang menyumbang kepada ...
Terdapat tiga modul yang ditawarkan di bawah program ini, iaitu Pengurusan Islam, Kaunseling Islam dan Komunikasi Islam. Pengambilan pelajar dibuat melalui tiga Mod Variasi iaitu Mainstream, Distance Learning, dan UKM International Program (UKMi).
Fakulti Pengajian Islam menyediakan peluang penyelidikan dan akses kepada sarjana terkenal Universiti. Di kampus yang indah ini, pelajar dapat bekerjasama rapat dengan pensyarah dan penyelidik yang sentiasa bersedia untuk membimbing dan membantu dalam mewujudkan rangkaian pembelajaran di kampus.
Program ini melatih para pelajar untuk memahami teks dan budaya dunia Islam dari segi pengajian Arab dan Tamadun Islam sejagat dengan pelbagai budaya dan agama. Program ini memberi tumpuan dan penekanan kepada kajian agama, sastera, linguistik, sejarah dan peradaban Islam melalui pembacaan teks dalam bahasa asalnya.
Jelasnya pendidikan Islam dijadikan sebagai satu proses mengasuh dan mendidik, membela, melatih, menyucikan, membaikkan, mengawal hawa nafsu, membentuk ketaatan kepada Allah SWT membentuk sikap sopan dan beradab (mempunyai akhlak yang baik) dan memadamkan semua sifat tercela yang ada dalam diri manusia.
PdPc dan cabaran guru Pendidikan Islam dalam penerapan elemen kreativiti. Kertas konsep ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan mutu kualiti pengajaran dalam proses PdPc.